KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE
Lebih kurang lagi seminggu kita akan menyambut bulan puasa. Ramai yang target nak kuruskan. Kalini saya kongsikan set kurus shaklee yang terbaik untuk yang nak kurus sebelum raya.
Ada beberapa kaedah terbaik untuk memulakan tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat. Salah satu kaedah yang shaklee perkenalkan adalah Renew, Better You (Detox). Bersiap sedia transformasi diri dengan mengikuti panduan mudah berikut.
1. Bersiap sedia mental dan fizikal
Kesan sampingan yang mungkin anda alami seperti letih, sakit kepala, kerengsaan, lemah, atau sakit perut adalah perkara biasa kerana badan anda sedang cuba menyingkirkan toksin yang telah berkumpul bertahun-tahun lamanya.
2. Tetapkan matlamat yang realistik
Tujuan program Renew, Better You adalah untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat untuk kesejahteraan jangka panjang. Mampu memakai baju yang bersaiz lebih kecil bukanlah matlamat utama tetapi hanyalah bonus yang menyeronokkan.
3. Tentukan bila hendak bermula
Awal tahun adalah motivasi terbaik untuk mula melakukan sesuatu yang baharu tetapi anda boleh bermula pada bila-bila masa sahaja! Oleh kerana program ini direka dengan mengambil kira soal keselesaan, ia agak senang untuk diikuti walaupun anda baru belajar berpuasa.
4. Ketepikan semua godaan
Hilang dari pandangan, lenyap dari fikiran. Sememangnya lebih mudah untuk terhindar daripada mengambil makanan yang tidak sihat apabila ia sukar diperoleh. Inilah masanya anda ‘membersihkan’ kabinet dapur anda daripada makanan ringan dan gulagula untuk mengurangkan godaan
5. Mulakan perjalanan anda dengan perubahan-perubahan kecil
Gantikan karbohidrat yang terproses seperti beras putih dengan beras perang; pilih pisang berbanding pisang goreng atau gantikan minuman manis dengan pilihan yang lebih sihat. Jika anda mengamalkan gaya hidup sedentari, mulakan dengan melakukan regangan atau senaman ringan. Perubahan yang kecil ini boleh menjadi tabiat yang menyihatkan.
6. Tumpukan perhatian ketika makan
Buat perancangan sebelum membeli barangan makanan dan pastikan pantri anda diisi dengan makanan sihat yang bernutrisi. Masak makanan di rumah juga adalah pilihan yang lebih sihat dan jimat. Nikmati dan hayatilah keenakan setiap suapan daripada sajian sihat anda.
Selepas anda lakukan detoks selama 7 hari, berubahlah kepada anda yang lebih langsing, lebih sihat dengan set Hello New You!
1. Bakar dan Bina
Cinch Shake
Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan nutrisi dan rasa kenyang. Manfaat satu hidangan penuh yang dibawakan dalam bentuk minuman yang lazat dan berkhasiat. Ditambah dengan Leucine bagi membantu membakar lemak tanpa mengalami kesan yo-yo. Leucine juga membantu membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan langsing.
2. Memecahkan lemak degil
Lecithin
Mempercepatkan proses pemecahan lemak. Mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati.
3. Meningkatkan Metabolisma
Asid lemak Omega 3
Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak.
4. Membersih dan menyelaras semula
Herblax (daun senna)
Laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus. Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
Comments
Post a Comment